sepanjang umur saya xD

Daisypath Happy Birthday tickers
welcome to my MR. BLOGGIE muax awww~!

Friday, 15 February 2013

HOMEWORK << sharing is loving LOL

Untuk hari ni, writer mahu share homework yang kena bagi oleh cikgu writer untuk cuti Chinese New Year 1 minggu ni . So, inilah hasilnya . Thanks for reading ^_^
Langkah-langkah mengatasi tekanan dalam kalangan pelajar.

Mutakhir ini, masalah tekanan dalam kalangan pelajar semakin membimbangkan . Secara literal, tekanan boleh didefinisikan sebagai keadaan hidup yang tidak stabil dan tidak tenteram . Setiap orang yang menghadapi tekanan biasanya tidak dapat mengawal perasaan marah dan berkeadaan serba tidak kena seperti cacing kepanasan . Sehubungan dengan itu, pelajar perlu mengamalkan langkah-lagkah megatasi tekanan .

            Pada hemat saya, antara langkah yang boleh diambil adalah dengan berkongsi masalah dengan rakan baik . Sesetengah pelajar merasakan rakan sebaya lebih memahami daripada ahli keluarga . Sebagai contoh, apabila individu itu menceritakan masalah dengan ahli keluarga, mereka yang lebih dewasa biasanya tidak memberikan nasihat, malah memarahi individu tersebut . Hal ini membuatkan individu mejadi lebih tertekan . Selain itu, individu akan berasa lebih selesa dengan rakan oleh sebab rakan yang lebih bersifat suka mendegar daripada bercakap . Oleh itu, segala tekanan dan perasaan tidak puas hati tidak membebankan lagi .

            Di samping itu, pelajar juga boleh berjumpa dengan guru kaunseling . Seperti yang semua sudah sedia maklum, guru kaunseling ialah guru yang berpengalaman dalam megendalikan pelbagai masalah pelajar . Dengan menggunakan teknik dan kemahiran yag telah dikuasai, guru kaunseling akan mencadangkan beberapa langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah tekanan yang dihadapi . Biasanya kauselor akan memberikan ujian Minda Sihat untuk menilai tahap tekanan yang dialami oleh pelajar . Selain itu, pelajar juga berasa lebih selesa degan pendekatan yang dijalankan oleh kaunselor yang lebih ramah dan mesra . Sikap kaunselor yag tenang dan tidak memaksa memberi peluang kepada pelajar untuk menarik nafas lega . Tegasnya, berjumpa dengan kaunselor dapat mengatasi masalah tekanan dalam kalangan pelajar .

            Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa selain nodus-operandi di atas, menghadiri ceramah motivasi juga dapat mengatasi tekanan. Pelajar dapat memulihkan semangat yang telah jatuh. Selain itu, pelajar juga medapat harapan dan motivasi baru . Hasil dan dapatan ceramah seperti cara menangani tekanan dan tips mengurangkan tekanan dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian . Ini juga dapat memupuk sikap positif dalam diri pelajar. Sebagai contoh, dengan semangat dan motivasi baru itu, pelajar akan lebih bersemangat untuk belajar  seterusnya secara automatik meningkatkan daya saing dan jati diri pelajar . Selain itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum, pelajar dapat mengatasi masalah tekanan . Dengan jadual yang padat, pelajar dapat melupakan seketika masalah . Mesej yang tersirat daripada kegiatan kokurikulum iaitu tidak berputus asa secara tidak langsung memberi motivasi dan kesedaran kepada pelajar utuk tidak berputus asa mengatasi tekanan yang dihadapi .

            Oleh itu, pelajar seyogianya mengambil lagkah-langkah mengatasi tekanan dengan cara yang betul agar pelajar tidak beralih kepada perkara-perkara yang negatif . Gaya hidup minda sihat seharusnya dipupuk oleh pelajar agar dapat menghasilkan mentaliti yang berkualiti dalam mecapai Wawasan 2020 kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara .

thaxx for reading. .muahx aww~!

No comments: