sepanjang umur saya xD

Daisypath Happy Birthday tickers
welcome to my MR. BLOGGIE muax awww~!

Saturday 3 August 2013

when the day comes .


dah lama writer tak buat entri kan ? ok, as usual. nothing to say . 
SPM dah dekat . 94 days left .
Preparation writer untuk SPM ni belum cukup kuat lg .
Xda motivasi . umm .

Writer nak share pasal sorang mamat ni .
Dia ni baik sangat .
Lelaki ni boleh dikatakan perfect untuk characteristics lelaki yang writer suka .
Hensem, tinggi, putih, educated, kaya, baik ...
...umm...perfect lah bg writer . 
tapi writer tidak layak untuk dia . 
writer tidak s'cantik s'mana untuk dia .
kami contact ada dalam 2 bulan .
tapi sekarang abis dah .
tak contact dah .

Dia ni baik sesangat . 
tak tahu nak cakap macam mana .
lelaki yang paling perfect yang pernah writer jumpa .
huh...
kadang-kadang rasa diri writer ni rendah sangat bila dibandingkan dengan orang lain .
sebab writer tak s'perferct pempuan lain .

Nanti, law writer ada masa, 
writer buat entri pasal mamat ni ok ?
writer nak beransur terdahulu . 




thaxx for reading. .muahx aww~!

Thursday 28 February 2013

SPM, oi SPM !!

Untuk hari ini, writer nak cakap minta maaf sangat-sangat kepada semua blogger sebab maybe writer jarang buat entri kot . Bukan writer nak stop berblogg, tapi sebab writer nak fokus kat SPM writer tu . (macam la aku ni banyak readers, perasan) . Tapi jujur writer cakap ni, writer minta maaf .
Kalau korang nak tahu, tarikh SPM tahun ni, 06 November 2013 taw .


Writer nervous sangat . Nak ambil SPM ni . Apa yang buat writer makin takut, baru ja tadi writer buat AKU JANJI di sekolah . 'Aku Janji' tu perjanjian dengan sekolah laa apa yang calon SPM target . Semua calon kena buat 'Aku Janji' .Writer ambil 10 subjek . Harap-harap boleh lah agkat (Tapi rasanya boleh kot) .
Ini target writer :
  • Bahasa Melayu : A
  • Bahasa Inggeris : A-
  • Matematik : A
  • Sejarah : A-
  • Pendidikan Islam : A
  • Kimia : B
  • Fizik : B
  • Biologi : B+
  • Matematik Tambahan : B+
  • Tasawwur Islam : A
Writer takut nak target lebih-lebih, tak berani la . Apa lagi target A+ . Nanti kalau tak dapat buat malu ja kan ? 

Readers tolong doakan kejayaan writer ok ?

Berkemungkinan besar-sebesar-besarnya, writer nak tukar password account facebook writer . Writer dah pernah deactive, tapi writer tak tahan writer on balik . So, kali ni, writer dah tekad, writer nak suruh kawan a.k.a second cousin writer a.k.a classmate writer tukar kan passwrod account facebook writer . So, writer tak boleh lah nak buka lagi kan ? 

Writer ingat lagi pesan Guru Kaunseling writer masa bagi taklimat tadi, "Korbankan perkara yang tidak berfaedah " . Writer kira ini salah satu pengorbanan writer yang terkecil lah yang writer buat untuk SPM ni . Tapi, at least writer boleh fokus . 





Last say dari writer untuk masa ni, bai bai . Itu ja . Mesti writer rindu sangat dengan diari maya writer a.k.a Mr. Bloggie writer ni kan . 

Pesanan : kepada semua calon SPM 2013,
buat maam yang writer buat tau kalau tak boleh  balance-kan masa .

Baiibaii Facebook.


Baiibaii readers .


thaxx for reading. .muahx aww~!

Thursday 21 February 2013

Chemistry @ Kimia


Apa pendapat korang tentang gambar kat atas ni ?
Kalau pelajar kelas sains, mesti rasa nak pecah fikir pasal benda ni . 

Actually writer ni student kelas sains, so writer ambil laa subjek ni . Memang tidak dapat writer nafikan, subjek ni memang rumit . RUMIT tau, bukan SUSAH . Maksud writer, bagi writer, subjek ni tak susah. Tapi subjek ni rumit . Banyak benda nak ingat . Nak ingat Jadual Berkala Unsur, Formula Kimia, Formula struktur, Penyeimbagan Persamaan Kimia, Membuat Persamaan Kimia , bla bla blaa ... Memang banyak sangat nak ingat . Itu lah yang writer cakap subjek ni rumit . 

Lagi satu, kalau soalan-soalan subjek ni, selalunya soalan pedek, tapi jawapan panjang sangat . Setiap topik berkaitan tetapi berbeza . Itu yang buat ramai student keliru . Writer minat subjek ni sebab bagi writer subjek ni best sangat .

Setuju tak ?
Apa yang buat writer lebih faham subjek ni, sebab cikgu writer yang ajar tu memag best sangat-sangat . Dia garang tetapi pandai mengajar . Pn Vitty Fung nama dia . hehe .

Lebih-lebih lagi kalau Cikgu Vitty suruh kami buat eksperimen . Best . Itu yang buat writer lebih cepat faham subjek ni . Eksperimen formula empirik, penghasilan garam, penghasilan ceair neutral dari asid sulfurik dengan fenolftalein, eksperimen itu, eksperimen ini ... Best !!

Apa benda ni ?
Tapi macam yang writer cakap tadi lah, banyak benda nak ingat. Rumus itu, rumus ini ... Macam-macam ja Kimia ni .

Bayangkan macam mana writer ak hafal beda alah kat atas ni ^

But I LOVE CHEMISTRY !!!
However, I LOVE CHEMISTRY !!

thaxx for reading. .muahx aww~!

Tuesday 19 February 2013

somebody HELP ME !!


TOLONG SAYA !



Please somebody help me . Writer lama dah berblogg ni . Since tahun 2010 . Tapi writer active berblogg tahun 2011 . ciksu ada tanya di Cbox writer, "dik kotak komen tak da ke ?" . Actually, writer tak tau nak buat macam mana . Tak jumpa pula . Siapa-siapa tahu macam mana nak simpan kotak komen boleh tak bagitahu cara-caranya nak ada kan balik kotak komen tu ? Pleasee .

maybe cik aisyah boleh tolong saya ? atau ciksu sendiri ?

thaxx for reading. .muahx aww~!

Saturday 16 February 2013

Go away !

Ya Allah . Tolong laa hambaMu ini dalam menempuh cabaran hidup ini .

Serius, writer cakap , writer sangat-sangat terkejut bila si dia ni mucul balik dalam hidup writer . Siapa dia ? Ex boyfriend writer laa . Dia kena panggil Bembem . Sedangkan dah bertahun-tahun dah dia meghilang since writer form 2 . Then, sekarang writer dah form 5 dia muncul balik . Tolong laa Ya Allah . Aku tidak mahu ulang lagi . 
Writer pun tidak tahu perasaan writer bila first time tengok dia kat Beaufort . Suka ? Benci ? Tak tahu lah . Tapi serious, writer rasa macam writer suka balik dah kat dia . Macam mana ni ? huh~ 
Bembem, kau masih dalam ingatan aku laa . 
Please, go away . 
Aku takut saya suka sama kau balik .
Bukti yang writer masih ingat pasal dia <<
Fullame : Zairol bin Zainal Abidin
Nickname : Bembem
Date of Birth : 11 November 1988
Age : 24
Siblings : 8
Tinggal kenangan <3 Lots of Love


The one who is still loving you,
Also the one who wanted you to go away from her,
Yours sincerely,
Rozidah Aqilah Bistamee @ Eqka

thaxx for reading. .muahx aww~!

Friday 15 February 2013

HOMEWORK << sharing is loving LOL

Untuk hari ni, writer mahu share homework yang kena bagi oleh cikgu writer untuk cuti Chinese New Year 1 minggu ni . So, inilah hasilnya . Thanks for reading ^_^
Langkah-langkah mengatasi tekanan dalam kalangan pelajar.

Mutakhir ini, masalah tekanan dalam kalangan pelajar semakin membimbangkan . Secara literal, tekanan boleh didefinisikan sebagai keadaan hidup yang tidak stabil dan tidak tenteram . Setiap orang yang menghadapi tekanan biasanya tidak dapat mengawal perasaan marah dan berkeadaan serba tidak kena seperti cacing kepanasan . Sehubungan dengan itu, pelajar perlu mengamalkan langkah-lagkah megatasi tekanan .

            Pada hemat saya, antara langkah yang boleh diambil adalah dengan berkongsi masalah dengan rakan baik . Sesetengah pelajar merasakan rakan sebaya lebih memahami daripada ahli keluarga . Sebagai contoh, apabila individu itu menceritakan masalah dengan ahli keluarga, mereka yang lebih dewasa biasanya tidak memberikan nasihat, malah memarahi individu tersebut . Hal ini membuatkan individu mejadi lebih tertekan . Selain itu, individu akan berasa lebih selesa dengan rakan oleh sebab rakan yang lebih bersifat suka mendegar daripada bercakap . Oleh itu, segala tekanan dan perasaan tidak puas hati tidak membebankan lagi .

            Di samping itu, pelajar juga boleh berjumpa dengan guru kaunseling . Seperti yang semua sudah sedia maklum, guru kaunseling ialah guru yang berpengalaman dalam megendalikan pelbagai masalah pelajar . Dengan menggunakan teknik dan kemahiran yag telah dikuasai, guru kaunseling akan mencadangkan beberapa langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah tekanan yang dihadapi . Biasanya kauselor akan memberikan ujian Minda Sihat untuk menilai tahap tekanan yang dialami oleh pelajar . Selain itu, pelajar juga berasa lebih selesa degan pendekatan yang dijalankan oleh kaunselor yang lebih ramah dan mesra . Sikap kaunselor yag tenang dan tidak memaksa memberi peluang kepada pelajar untuk menarik nafas lega . Tegasnya, berjumpa dengan kaunselor dapat mengatasi masalah tekanan dalam kalangan pelajar .

            Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa selain nodus-operandi di atas, menghadiri ceramah motivasi juga dapat mengatasi tekanan. Pelajar dapat memulihkan semangat yang telah jatuh. Selain itu, pelajar juga medapat harapan dan motivasi baru . Hasil dan dapatan ceramah seperti cara menangani tekanan dan tips mengurangkan tekanan dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian . Ini juga dapat memupuk sikap positif dalam diri pelajar. Sebagai contoh, dengan semangat dan motivasi baru itu, pelajar akan lebih bersemangat untuk belajar  seterusnya secara automatik meningkatkan daya saing dan jati diri pelajar . Selain itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum, pelajar dapat mengatasi masalah tekanan . Dengan jadual yang padat, pelajar dapat melupakan seketika masalah . Mesej yang tersirat daripada kegiatan kokurikulum iaitu tidak berputus asa secara tidak langsung memberi motivasi dan kesedaran kepada pelajar utuk tidak berputus asa mengatasi tekanan yang dihadapi .

            Oleh itu, pelajar seyogianya mengambil lagkah-langkah mengatasi tekanan dengan cara yang betul agar pelajar tidak beralih kepada perkara-perkara yang negatif . Gaya hidup minda sihat seharusnya dipupuk oleh pelajar agar dapat menghasilkan mentaliti yang berkualiti dalam mecapai Wawasan 2020 kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara .

thaxx for reading. .muahx aww~!

Wednesday 13 February 2013

Harry OneD !

Baby you light-up my world like nobody else 
and when you flip your hair get me over-whelmed 
and when you smile at the ground get me hard to tell 
You don't know, oh-oh
You don't know you're beautiful .

Tau kan siapa yang nyanyi lagu tu ? Itu lagu One D lah!! I mean, One Direction . Sorry . Hehe . Writer minat gila dengan kumpulan ni .

Dalam group ni, writer minat 2 org viz Harry dan Zain . 
But I love Harry the most laa . hahahah . Dia Cute kan ?
Zain
Harry

Ini biodata Zain dan Harry :

Full name : Zayn Javadd Malik
Nick name : Zain
Birthday : 12 January 1993
Live : Lane Baildon, Bradford, UK
Religion : Islam

Full name : Harry Edward Styles
Birthday : 1 February 1994
Live: Holmes Chapel, Cheshire, UK
Religion : Kristen
Fav. Film : Love Actually
Fav. Song : Shine On You Crazy Diamond - Pink Flyod
Hobby : Playing tennis and badminton

Mau tau kenapa writer suka sangat dengan Harry One D berbanding yang lain ? Sebab senyuman Harry yang lebar dan ikhlas ja writer tgk . Susah laa nak explain . Tapi writer sangat-sangat minat kat Harry OneD . I love you Harry . 

Layan gambar-gambar Harry ok ?





I love you Harry!

thaxx for reading. .muahx aww~!

Friday 1 February 2013

Arghhhh! Stress!

Apa stress-stress ni ? Kan lama lagi . Rilek ah .

Selalu kita dengar macam tu kan ? Yes, memang writer stress sangat-sangat sekarang . Tapi, actually apa yang wirter stress-kan ni ? 


Hah . Ini lah yang writer stress-kan sekarang . Writer candidate SPM untuk tahun ini . SPM 2013 . Writer ambil 10 subjek .
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam
  • Matematik
  • Kimia
  • Biologi
  • Fizik
  • Matematik Tambahan
  • Tasawwur Islam
Banyak kan? huh . Setakat ni writer target 5A ja . Yang lain B atau C . Tapi kalau dapat straight A pun bagus juga . hehe . SPM untuk tahun ni bulan November . Risau sangat .

Readers writer tolong doakan kejayaan writer ok ? 


Writer malas nak ikut tuition class kat luar . Sebab, sekolah writer pun ada buat tuition class setiap hari selasa . Urm, writer betul-betul belum bersedia untuk SPM November ni . Tapi, harap-harap writer ready dalam bulan Oktober macam tu . Untuk cover semua subjek memang susah . Tapi, doa, usaha, ikhtiar dan tawakkal laa yang boleh tentukan semua tu kan ??

Lepas SPM nanti, Insha-Allah, kalau result writer bagus, writer nak masuk matrix . Tak nak lah jauh-jauh, kat w.p Labuan dah cukup . Then, kalau ada rezeki, writer nak sambung kat universiti pula . Kalau boleh IPTA lah sebab writer tak nak lah bebankan parents writer then masuk IPTS . Sebab 2 orang sisters writer masuk IPTS . Tu yang tak nak . Harap-harap semua ni tercapai nanti . 

Kalau boleh, writer nak jadi doktor masa umur writer 25 tahun. Boleh jadi doktor muda kan ? ehehehe . Lepas SPM ni writer malas nak ambil kerja sambilan . Writer cuma nak ambil lesen kereta then tolong mama kat rumah . Itu ja . Kalau dapat masuk PLKN pun ok gak . heheh.

Writer mohon sangat-sangat, readers writer semua tolong doakan kejayaan writer ok ? TQ .



thaxx for reading. .muahx aww~!

Monday 28 January 2013

Selamat malam :)


Selamat malam untuk semua readers aku . Malam ni, writer malas pula nak belajar . huh~ Sekarang dah nak masuk bulan februari . Risau yang teramat sangat . Mana tak risau, saya SPM tahun ni . Doakan saya berjaya ok ? 

Writer tekanan sangat-sangat sekarang sebab SPM ni . SPM lama lagi tapi perasaan takut tu melebih-lebih . Walaupun writer malas nak belajar tapi writer paksa jak . Memang penat dibuatnya . Kadang-kadang writer sampai pening masa belajar . Actually, writer ni depressed sebab risau pencapaian dalam PMR 2011 memberi harapan yang tinggi kepada semua orang kat writer dalam SPM 2013 ni . huh . Writer pun dah tak tahu nak cakap macam mana . Risau sangat .

AJAK, saya rindu kau sangat-sangat . Lama suda tidak contact kau . Last contact pun masa birthday aku tahun lalu kan ? Aku pun tidak tahu apa hubungan kita sebenarnya . Aku masih ada simpan gambar-gambar kau . Kalau aku rindu, aku tengok lah gambar kau . Pastu aku ingat-ingat cerita kita dulu masa calling . hehe . Cute nya ! Aku harap lepas SPM nanti kau balik Beaufort kita jumpa k . Even kita tiada apa-apa sudah bagi kau, tapi aku mau sangat jumpa kau Ajak . Aku tidak dapat lupakan kau . Aku selalu berdoa, kalau aku jalan pi kk, aku terjumpa kau di mana-mana macam haritu kita terjumpa di Tongs, Wisma Merdeka . hahah . Serious, aku rindu kau sangat-sangat Ajak .

Yours Sicerely,
Writer

thaxx for reading. .muahx aww~!

Tuesday 1 January 2013

Jom Kembali ke Sekolah .

Assalamualaikum,

Hari ni tarikh 01.01.2013 . Sebelum writer nak cakap pasal tajuk kat atas tu, writer nak cakap Selamat Tahun Baru dekat semua orang terutamannya kepada keluarga writer (keluarga mike), grandparents, cousins, saudara-mara, boyfriend writer (kici @ ajak), classmates, schoolmates, kawan-kawan fasilitator, ex-ex boyfriend writer, kawan-kawan dari fb, fs, ym dan semua orang yang kenal dengan writer .

Ok, dah lah tu. Sekarang back to the topic . Jom kembali ke sekolah ! Untuk semua students yang masih belajar lagi, writer nak ucapkan Selamat Kembali ke Sekolah ya ? Ehem-ehem, actually writer pun dah nak masuk sekolah balik . Tapi tahun ini tahun terakhir writer sekolah sebab writer dah masuk form 5 (dah senior korang) hehehe. Satu lagi, writer dah nak ambik SPM tahun ni . Lepas tu, harap-harap dapat masuk matrix . hehehe . Amin ~

Writer nak share semua barang sekolah writer . Kasut, baju, bag, stokin, stationary and etc . Kalau kira-kira, ada lah dalam RM500 . Tapi, tahun ni, budget kurang sikit . Tahun lalu, lagi tinggi . Kasut sekolah writer untuk tahun lalu RM175.90 and bag sekolah writer untuk tahun lalu RM 104.90 . Tapi mama writer langsung tak kesah sebab result PMR writer memberangsangkan masa tu . heheheh . Untuk tahun ni, kasut sekolah writer RM125.90 and bag sekolah writer RM135.90 . Stationary writer pun tak banyak sangat untuk tahun ni .

Dalam entry ni, writer cuma dapat share gambar kasut sekolah writer ja . Layan ek~

Buat kali ketiga, writer pilih jenama Converse untuk kasut sekolah writer. 

ok tak ?

Converse .

Converse .
Macam yang writer dah cakap dekat caption gambar pertama tu, Masuk tahun ni, sudah 3 kali writer guna Converse untuk kasut sekolah writer . Masa form 1 kasut biasa sahaja, masuk form 2 writer dah guna Converse . Tapi itu pun kasut Converse yang biasa sahaja . Masa form 3 pula, writer guna kasut Everlast . Smart ow kasut Everlast tu, Tapi, kalau cuci, kotoran tu susah nak tanggal . Last year pula, writer guna kasut Converse, Jack Purcell . Kasut baru lah . Sebab tu harga dia mahal . Untuk tahun terakhir ni, writer masih memilih jenama Converse . Tak tahu lah pula kasut Converse model apa . Tapi yang penting kasut ni cantik dan bergaya . hehehe

Untuk pengetahuan korang, kaki writer ni besar . Sebab tu kalau korang tengok gambar kasut writer tu macam besar . Memang besar pun . heheheh . Kaki writer kalau saiz kasut bagi saiz lelaki saiz 8, tapi kalau saiz kasut bagi saiz perempuan saiz 9 atau 10 . Kalau saiz 8 pun saiz UK tahu ? hehehe . 

Sekian dari writer .


thaxx for reading. .muahx aww~!